Pekerja kabin Ryanair rancang mogok sehingga Januari

oleh SALINA JALIL|
Kakitangan kabin syarikat penerbangan tambang murah Ireland, Ryanair, sejak akhir Jun lalu telah melancarkan mogok yang antara lain menuntut suasana bekerja lebih baik dan merancang meneruskan protes sehingga Januari, lapor Xinhua.


Menurut kesatuan Sepanyol USO dan Sitcpla pada Rabu, mogok terbaharu akan diadakan Isnin hingga Khamis setiap minggu dari 8 Ogos hingga 7 Jan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kesatuan sekerja menuntut agar syarikat menghormati hak asasi pekerja termasuk 22 hari cuti bergaji, 14 hari cuti umum, kebajikan kesihatan termasuk dari segi keselamatan serta meminta 11 pekerja yang dipecat ketika mogok sebelum ini diterima bekerja semula dan tindakan disiplin terhadap mereka ditarik balik. 



"Mereka tidak memberi kami pilihan, kami terpaksa terus adakan mogok kerana syarikat enggan berunding mengenai perkara asas seperti perjanjian sistem pekerjaan yang kolektif," kata jurucakap kesatuan USO, Monica Ortega.


Ryanair menyumbang 22.3 peratus kadar perjalanan udara bagi Sepanyol pada separuh pertama tahun ini, menurut data dikeluarkan pengendali lapangan terbang, Aena.



Sementara itu, sebanyak 24 penerbangan telah dibatalkan akibat mogok pada Isnin hingga Rabu, dan lebih 686 penerbangan dari Sepanyol ditangguhkan.

 

 

 


-- BERNAMA