Pekerja Honda US bina jentera rali Acura Integra

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, terdapat segelintir kecil pekerja Honda di Amerika Syarikat secara suka rela bergiat aktif di dalam sebuah pasukan perlumbaan yang dinamakan sebagai Honda of America Racing Team (HART).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada menyertai perlumbaan endurans, pasukan HART juga turut aktif di dalam perlumbaan rali di sana.

Menariknya, hujung minggu ini bertempat di acara perlumbaan Lake Superior Performance Rally (LSPR), pasukan HART bakal menunjukkan aksi menerusi jentera rali Acura Integra.
 

acurea


Berdasarkan gambar yang dikongsi melalui akaun Instagram, jentera rali Integra itu akan bertempur di dalam kelas Limited 2WD, dengan tetapan casis yang hampir standard sepenuhnya, namun dengan naik taraf seperti sistem brek, suspensi, sangkar keselamatan dan kelengkapan keselamatan perlumbaan.

Ini juga bermakna, jentera rali Integra ini berkemungkinan besar mengekalkan nadi 1.5 liter turbo yang mampu menjana kuasa sekitar 200 hp.

Di bahagian luar, terdapat lima bar LED yang dipasang pada bahagian hud enjin.
 

acujra


Menurut info daripada Road & Track, kelas Limited 2WD terdiri daripada penyertaan jentera produksi standard, dengan had sesaran enjin 1.6 liter untuk kereta yang dilengkapi dengan induksi paksaan.

Salah satu sebab kenapa HART menghasilkan projek kereta rali Integra ini adalah untuk memberikan peluang kepada ahli pasukan belajar dengan lebih mendalam berkenaan fabrikasi sangkar keselamatan dan teknik kimpalan kelim (seam welding).

 


Untuk makluman, HART sebelum ini pernah membina jentera rali menggunakan asas daripada crossover Honda Passport!

Sumber: Road & Track, HART

Berita Berkenaan

Berita Global
Keadaan tersebut mungkin bakal berubah dalam masa terdekat, berdasarkan pengumuman terbaharu yang…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah pun menawarkan program pajakan Certified Pre-Owned (CPO), di mana…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…