Pekerja GM Korea Selatan merusuh kerana tiada bonus

oleh Mohamad Hanif|
Di Korea Selatan, laporan dari Bloomberg mengesahkan pekerja General Motors Co dilaporkan merusuh. Mereka memecah masuk pejabat CEO dan kemudiannya memusnahkan perabot yang berada di dalam pejabat itu. Insiden itu berlaku susulan pengumuman ketiadaan bonus disebabkan krisis kewangan yang berlaku.

Menurut rakaman CCTV daripada pejabat Incheon itu memaparkan sekumpulan pekerja GM dilihat merosakkan kerusi pejabat sebelum melemparkan meja mesyuarat keluar. Kumpulan yang tidak dapat dihubungi itu sedang membantah keputusan syarikat serta mendesak CEO syarikat GM Korea supaya meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di dalam satu kenyataan yang berasingan, wakil syarikat GM Korea Selatan itu mengesahkan kejadian rusuhan yang berlaku, dan laporan polis turut dibuat bagi mendakwa pihak yang terlibat.


Keadaan GM Korea Selatan dilihat semakin tidak menentu. Laporan sebelum ini menyebut pihak GM Korea Selatan telah memohon bantuan penambahan kadar tempoh pinjaman serta pengurangan kadar faedah ke atas pinjaman yang telah dilakukan terhadap GM pusat.


Situasi semakin meruncing apabila GM pusat dilihat mahu menutup cawangan di Korea Selatan melihatkan kepada keengganan pihak GM Korea melakukan penstrukturan semula kos buruh di sana. Keadaan ini memberikan tekanan yang sangat hebat kepada para pekerja.

Sumber: Bloomberg melalui Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Global
General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah…
Berita Global
Cruise itu yang bergerak sendiri tanpa pemandu, tidak berhenti dan terus melanggar wanita tersebut…
Berita Global
  Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan ialah Cruise Origin dan dibangunkan secara bersama oleh…