Pekerja Ford hantar petisyen hentikan pembangunan kereta peronda polis US

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala isu perkauman sedang giat bertiup di Amerika Syarikat, wujud pula satu pergerakan yang diasaskan oleh sekumpulan pekerja yang mendesak Ford supaya keluar dari perniagaan kereta peronda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Sebuah petisyen awam di Change.org turut mengumpulkan sehingga 12,000 tandatangan mendesak supaya Ford menghentikan penjualan dan khidmat servis kepada pasukan polis yang 'menggunakan kekasaran'.

Namun, CEO Ford Jim Hacket dalam satu kenyataan menegaskan bahawa pihak mereka tidak sekali-kali menyokong tindakan anggota polis yang mendatangkan kekasaran kepada orang awam.

 


"Saya dan pengerusi Bill Ford percaya bahawa tidak sepatutnya diwujudkan ruang untuk penindasan bersifat perkauman, dan kami menggesa supaya lebih banyak ketelusan dan kebertanggungjawaban diperlukan dalam operasi polis!"

Semenjak 1957, Ford telah banyak membekalkan kenderaan di bawah jenama tersebut untuk kegunaan pasukan polis Amerika Syarikat, dan kini Ford Interceptor diiktiraf sebagai salah sebuah kereta peronda yang paling laris terjual.

"Tidak dapat dinafikan, Ford Interceptor banyak membantu anggota polis menjalankan tugas mereka, namun isu yang melanda kredibiliti polis tidak mempunyai kaitan dengan kenderaan yang mereka pandu," jelas Hackett lagi.

Sumber: CNN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…