Pekema Learning Centre tawar tiga kursus diploma automotif kepada pemain industri, pelajar

oleh Mohamad Hanif|
Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) telah menubuhkan Akademi Pekema yang berpusat di Wisma Yayasan Pekema, Cyberjaya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penubuhan akademi yang dikenali dengan nama Pekema Learning Centre ini bertujuan untuk menyediakan latihan kepada ahli Pekema, pemegang AP dan pemegang francais di seluruh negara. 

Majlis perasmian dan sesi tandatangan memorandum persefahaman (MoU) antara Pekema dan UTMSPACE telah berlangsung pada 3 Oktober lalu. 

 


Menerusi perjanjian ini, tiga kursus akan ditawarkan di dalam bidang automotif, jualan dan pengurusan jualan yang merangkumi:

  • Diploma Profesional Kecekapan Diagnostik Auto
  • Diploma Profesional Perunding Jualan Auto
  • Diploma Profesional Strategik dan Pengurusan Perniagaan

Menurut ketua pegawai eksekutif Pekema, Mohamad Shalan Hassan berkata, kerjasama antara kedua belah pihak ini menawarkan pengajian diploma jangka pendek bagi memberi lebih pendedahan kepada pemain industri yang mahu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada. 

Sesi pengajian akan bermula pada tahun hadapan dan terbuka kepada semua peserta industri, pelajar lepasan pusat pengajian dan orang ramai. 
 


Sesi kuliah akan berlangsung di Wisma Yayasan Pekema, Cyberjaya dan tempoh pengajian pula adalah selama 12 bulan (3 Semester). 

Yuran yang dikenakan bagi pengajian diploma profesional juga amat berpatutan, iaitu di bawah RM10,000 untuk setiap kursus yang ditawarkan.