Pejalan kaki parah tersepit dilanggar BMW

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG pejalan kaki cedera parah dilanggar sebuah kereta berhampiran Hard Rock Cafe di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh malam tadi.

Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun tersepit di bawah kereta jenis BMW yang dipandu oleh seorang wanita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian di terima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh pada pukul 9.24 malam.

 

“Setibanya jentera di lokasi kejadian terdapat kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis BMW yang melanggar seorang pejalan kaki lelaki.

 

“Mangsa tersepit di bawah kereta berkenaan dan mengalami kecederaan, manakala pemandu wanita tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, anggota bomba kemudiannya segera mengeluarkan mangsa yang tersepit dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

 

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahman Abdullah dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.58 malam.