Pejabat Ducati Amerika Utara diserbu FBI bulan lalu! Apa kes?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ramai yang tahu, pada bulan lalu pejabat Ducati Amerika Utara yang terletak di Mountain View, California telah diserbu oleh Federal Bureau of Investigation (FBI).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada laman web Asphalt & Rubber, ketika serbuan dijalankan pejabat tersebut hanya diduduki oleh sebilangan pekerja disebabkan SOP COVID-19.

Seramai 30 ejen yang lengkap bersenjata menyerbu masuk ke pejabat tersebut bagi mencari dokumen cukai dan kertas kerja yang berkaitan.

Difahamkan, pihak FBI juga turut menyerbu beberapa kediaman pegawai tinggi Ducati Amerika Utara bagi membantu siasatan berhubung jenayah dan salah laku kewangan.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Roadracing World dan Asphalt & Rubber, FBI mengesahkan serbuan yang dijalankan pada 17 Disember itu tanpa mengulas lebih lanjut.

Menurut wakil FBI Katherine Zackel, "saya mengesahkan FBI San Francisco berada di lokasi kejadian pada 17 November 2020 untuk menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang dibenarkan oleh mahkamah."

Setakat ini, tidak dapat dijelaskan adakah Ducati bakal menjadi fokus utama di dalam siasatan FBI, atau ianya berkaitan dengan pihak ketiga.

Memberikan respon kepada berita tersebut, Pengarah Pemasaran Ducati Phill Read Jr. memberitahu Asphalt & Rubber "adalah menjadi amalan Ducati Amerika Utara untuk bekerjasama sepenuhnya terhadap siasatan yang dijalankah oleh agensi kerajaan.

"Sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, kami tidak akan memberikan komen lanjut," jelasnya lagi.

Sumber: Asphalt & Rubber menerusi Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…