Peguam ditendang dan parang dibaling atas kereta!

oleh SALINA JALIL|
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikatakan membaling parang ke cermin kereta seorang peguam di kawasan parkir Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata ketika kejadian jam 7.55 pagi, peguam itu sedang mengambil barang dari but keretanya.

 

“Peguam terbabit terdengar bunyi hentaman pada kereta sebelum pemeriksaan mendapati terdapat sebilah parang di atas cermin keretanya.

 

“Suspek yang menunggang sebuah motosikal bersama seorang lelaki kemudian dilihat menendang seorang lagi peguam yang sedang berjalan menuju ke mahkamah, sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Shanmugamoorthy berkata, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan parkir itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…