Pegawai Puspakom dedah punca kenderaan tak selamat masih lulus - RASUAH

oleh HEZERI SAMSURI|
Laporan berita dari portal Free Malaysia Today (FMT) pagi tadi menyebut seorang pegawai Puspakom telah mendakwa rasuah tersebar di antara anggota perkhidmatan agensi swasta tersebut.

Sumber FMT itu seterusnya mengatakan pemeriksa kenderaan akan mengambil suapan antara RM200 sehingga RM1,000 untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan yang tidak selamat agar dibenarkan untuk digunakan di jalanraya awam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jumlah tersebut katanya bergantung kepada kerumitan masalah kenderaan itu atau ia perlu menggunakan kenderaan lain sebagai pengganti.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang digunakan ketika pemeriksaan sering gagal berfungsi dan lensanya kadang-kala disapu dengan habuk untuk mengaburi rakaman.

Ia juga berkata kamera mudah alih yang digunakan pula sering tidak disasarkan dengan betul atau digunakan secara terpilih.

Sumber FMT juga mencadangkan audit dilakukan ke atas perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan lebih banyak pemeriksaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Shukor Ismail menolak dakwaan tersebut dan berkata ia sudah menambah baik kaedah pemeriksaannya selama ini untuk mengurangkan campur tangan manusia.

Shukor berkata rakaman kamera bagi setiap langkah pemeriksaan di luar bangunan disalurkan ke sistem pemantauan pusat di ibu pejabat syarikat itu di Wisma DRB-Hicom di Shah Alam.

Shukor turut menambah pegawai JPJ akan melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pegawai Puspakom.

Beliau berkata rasuah "hampir mustahil" berlaku dalam Puspakom kerana ia mengemas kini teknologi yang digunakan dalam pemeriksaan kenderaan secara berterusan demi menjaga integritinya.

Shukor juga menggesa kakitangan Puspakom melaporkan sebarang amalam rasuah yang dihadapi mereka.
 

* Laporan asal dari FMT

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…
Berita Domestik
Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya…