Pegawai polis mengamuk rosakkan Mercedes SL milik ketua balai

oleh Mohamad Hanif|
Gara-gara disuruh jalani ujian psikiatri, seorang pegawai polis bertindak merempuh sebuah Mercedes SL-Class milik ketua balai dengan menggunakan sebuah Mitsubishi L200 (Triton).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian ini berlaku di Greek island of Rhodes, di mana trak pikap itu dilihat merempuh secara terus sebuah Mercedes SL putih yang diparkir di hadapan balai polis.

Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian mengeluarkan tukul besi besar dari trak pikapnya dan bertindak menghancurkan beberapa bahagian kereta malang tersebut termasuklah tingkap.

Mujur lelaki itu ditahan sejurus selepas kejadian, dan disabitkan kesalahan merosakkan harta benda peribadi, serta cubaan mendatangkan kecederaan serius.

Pegawai tersebut kemudian mengaku bersalah dan sanggup mengeluarkan kos untuk membaiki segala kerosakan yang telah dilakukan.

Beberapa laporan media tempatan menyebut pegawai tersebut dikatakan tidak berpuas hati kerana disuruh menjalani ujian psikiatri oleh ketuanya.