Pegawai dan anggota tentera maut dalam kemalangan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Seorang pegawai dan anggota tentera dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 48 Jalan Teluk Intan-Klang, semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian tersebut berlaku pada jam 3.20 petang semalam, dimana ia melibatkan sebuah Proton Persona yang dinaiki dua mangsa dan sebuah lori.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, kedua-dua mangsa berpangkat Leftenan Kolonel dan Lans Koperal yang berkhidmat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah dalam perjalanan dari Lumut, Perak.

Superintendan Agus Salim berkata, "Ketika kejadian, sebuah lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 35 tahun dipercayai baru selesai menjalankan kerja pembersihan jalan di kawasan tersebut."

"Pemandu lori kemudian memandu dalam keadaan mengundur untuk mengutip kon selepas kerja pembersihan."

"Pada waktu itu, kereta dinaiki dua mangsa masing-masing berusia 28 dan 49 tahun dari arah Sabak Bernam ke Klang gagal mengelak lalu melanggar belakang lori berkenaan."

Kedua-dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Superintendan Agus Salim menambah, "Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."

Menurut beliau juga, pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

 

Sumber: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…