Peel P50 ini berharga lebih RM600k! Hanya 46 buah dikeluarkan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Peel P50
Peel P50
Kereta unik dan sukar ditemui, inilah gambaran sesuai untuk Peel P50. Kereta mikro ini dibuat oleh Peel Engineering Company dari tahun 1962 hingga 1965.

Di platform bidaan Car & Classic ada sebuah Peel P50 ditawarkan dan sudah pun berjaya dijual.

Tahukah anda berapa harganya? £111,000 (RM609,468)! Nilai itu dipercayai yang kedua tertinggi untuk bidaan di Britain.

Unit tersebut bukan biasa-biasa, ianya mempunyai sejarah menarik seperti digunakan di dalam acara lagak ngeri sehingga ke puncak Menara Blackpool di Lancashire, England.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Peel P50

 

Berdasarkan beberapa ciri, unit itu mungkin modal pra pengeluaran dengan lampu sisi Lucas, stereng warna krim, pemasangan cermin depan rendah dan tanpa palang oleng belakang.

Tiada unit Peel lain yang mempunyai ciri-ciri sebegitu.

Dari segi mekanikal, Peel P50 digerakkan enjin silinder tunggal 49 cc yang dipadan bersama transmisi manual tiga kelajuan dan tanpa gear undur.

Berat pula hanya 59 kilogram dan tidak sukar untuk menolak atau menariknya secara manual jika mahu ke belakang.

Di dalam kereta ini tiada odometer mahu pun jarum bacaan disediakan dan pintu pula ada satu di sebelah kiri.

Kelajuan maksimum ialah 61 km/j manakala penggunaan bahan api ialah 42.5 km/liter.

 

Peel P50

 

Sepanjang sejarah, hanya 46 buah Peel P50 dikeluarkan dan ditambah sejarah menarik menjadikan harga unit ini luar biasa.

Sebagai perbandingan, Peel P50 tahun 1963 dijual pada harga £199!

Peel P50 era moden dikeluarkan semula pada 2010 dengan model elektrik menyusul pada tahun 2011. 

Walaupun boleh dibeli dan lebih moden, mana sama dengan model asal!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Peel P50

 

Tags