Pecahkan cermin kereta, penganggur dipenjara 12 bulan

oleh SALINA JALIL|
Akibat memecahkan cermin kereta milik seorang buruh pada 12 Ogos lalu, penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, Jempol, semalam.

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Tarmizi Ahmad, 31, dari Bandar Seri Jempol selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4.30 petang, 12 Ogos lalu di sebuah rumah di Felda Serting Hilir Dua dengan sengaja melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin kereta Perodua Kancil milik buruh berkenaan.

 

Justeru itu tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

 

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memecah cermin belakang Perodua Kancil yang diparkir di hadapan rumah buruh terbabit.

 

Kejadian itu dilihat jiran buruh berkenaan sebelum membuat laporan polis.

 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

 

- persoalannya kenapa kes yang memandu dalam keadaan mabuk hukumannya lebih ringan dari memecahkan cermin kereta? Adakah kerana memandu dalam keadaan mabuk adalah perbuatan 'tidak sengaja' dan dalam kes penganggur ini, dia telah memasang niat terdahulu? Jangan salah faham, kami tidak mengatakan bahawa perbuatan yang sengaja memecahkan cermin kereta ini adalah bagus atau baik, tetapi persoalannya yang mana lebih merbahaya, memandu dalam keadaan mabuk atau memecahkan cermin kereta? - 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan. Mengikut…