Pecah rekod! RAV4 Hybrid paling laku di Australia pada Ogos 2020

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota RAV4 Hybrid
Toyota RAV4 Hybrid
Memasarkan kereta dengan teknologi hibrid bukan suatu yang mudah namun tidak mustahil untuk memperolehi jualan tinggi. 

Toyota Australia baru sahaja membuktikannya apabila SUV RAV4 hybrid menduduki tempat pertama carta jualan pada bulan Ogos 2020.

Prestasi RAV4 sebenarnya boleh dikesan awal, dua bulan sebelum itu RAV4 versi petrol turut mencipta rekod dengan menjadi SUV pertama menduduki takhta jualan tertinggi di Australia.

Memasuki bulan Ogos, senario itu berubah apabila RAV4 hybrid laris sebanyak 4,405 unit dan mencatatkan rekod sebagai model hibrid pertama yang berjaya menduduki tangga jualan teratas.

Jualan RAV4 hybrid pada bulan Ogos mencatatkan perbezaan sebanyak 1,470 unit lebih tinggi berbanding model kedua terlaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota RAV4

 

Secara keseluruhan, jualan RAV4 hybrid mewakili 91.3 peratus daripada 4,825 unit RAV4 pada bulan Ogos. Varian petrol mencatatkan jualan sebanyak 420 unit.

Prestasi RAV4 berjaya meningkatkan jualan keseluruhan kenderaan hibrid Toyota pada bulan Ogos kepada 6,142 unit atau 49.3 peratus daripada jumlah unit yang dihantar kepada pelanggan.

Ini juga bermakna Toyota berjaya mencipta satu lagi rekod besar dengan jualan tahunan kenderaan hibrid setakat penghujung Ogos mencecah 33,642 unit atau 26.6 peratus daripada prestasi keseluruhan.

Angka itu sudah mengatasi jualan penuh kenderaan hibrid tahun lalu sebanyak 27,846 unit.

Prestasi jualan RAV4 terutama sekali varian hibrid disebabkan penambahan pembekalan bagi memendekkan tempoh di antara tempahan dan penerimaan kereta oleh pelanggan.

 

Toyota Camry Hybrid Australia



Apa yang diungkapkan oleh Sean Hanley, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia sangat menarik.

"Kami mengambil masa lebih daripada 17 tahun untuk mencapai 100,000 jualan kenderaan hibrid di Australia dan kemudian hanya 16 bulan untuk mencapai separuh daripada angka tersebut dengan jualan kumulatif telah pun mencecah 155,000 unit."

Dari segi prestasi model, RAV4 mencatat jualan hibrid tertinggi setakat tahun ini menggantikan Corolla hybrid yang menerajui jualan pada tahun 2019.

Camry pula kekal sebagai model hibrid paling laris di Australia dengan jualan kumulatif lebih daripada 67,000 unit.

Toyota menawarkan pelbagai model hibrid di Australia seperti Yaris hatchback, C-HR, Prius hatchback, Prius v tujuh tempat duduk dan SUV Yaris Cross yang bakal tiba.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Toyota

 

2020 Toyota Yaris ZR Hybrid

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…