Pecah cermin kereta, lelaki botak ini akhirnya ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sepandai-pandai melempar topi keledar, akhirnya tumpas di tangan polis jua. 

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang dipercayai memecahkan cermin sebuah kereta dinaiki seorang wanita di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, suspek berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai pembantu stor kilang di Balakong itu ditahan pada jam 3 petang tadi.

Menurutnya, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang turut merampas sebuah motosikal dan topi keledar dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Reman akan dipohon di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) di Mahkamah Petaling Jaya.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, susulan itu polis telah menjalankan serbuan ke rumah suspek di Nilam Puri di sini…
Berita Domestik
  Menurutnya, wanita itu membuat laporan mendakwa keretanya dihimpit van dipandu lelaki berkenaan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata kejadian itu berlaku…