PDRM tutup tujuh jalan keluar masuk Putrajaya

oleh Mohamad Hanif|
Pihak PDRM Putrajaya akan menambah lokasi sekatan jalan raya bagi menghadapi fasa pertama sekatan pergerakan penuh yang akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Empat lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) sedia ada akan dikekalkan seperti berikut:
1. Sekatan Jalan Raya (SJR) 1 di Lebuh Sentosa Hala Keluar Ke Mex Highway
2. SJR 2 di Persiaran Selatan Hala Keluar Ke Dengkil (Presint 5)
3. SJR 3 di Pintu 2a, Persiaran Utara Hala Keluar Ke Hospital Serdang (Presint 12)
4. SJR 4 di Pintu 3, Persiaran Utara Hala Keluar Ke Puchong (Presint 9)

 


Manakala tujuh lagi jalan akan ditutup dengan kerjasama pihak Perbadanan Putrajaya seperti berikut:
1. Jalan P5 menghala keluar dan masuk ke Taman Cabaran dan Dengkil (Presint 5)
2. Jalan Resam Hala keluar dan masuk (Presint 11)
3. Jalan P11J menghala keluar dan masuk Cyberjaya (Presint 11)
4. Jalan P14 menghala keluar dan masuk Sg. Merab Bangi (Presint 14)
5. Pintu Satu, Hala Keluar dan Masuk (Presint 14)
6. Jalan P7A, Bulatan Putrajaya Sentral (Presint 7)
7. Jalan P5, Menghala ke Dengkil (Presint 5)

Penutupan jalan ini adalah bertujuan untuk memastikan kenderaan keluar masuk ke Wilayah Persekutuan Putrajaya dapat dikawal bagi menghadkan pergerakan orang ramai dan memudahkan kawalan pergerakan di SJR yang telah ditetapkan.

Pihak PDRM juga akan mengerahkan kekuatan seramai 196 anggota (tidak termasuk anggota ATM, KDN, APM dan RELA) bagi memastikan tiada sebarang pergerakan bebas keluar dan masuk ke Putrajaya terutama di laluan tikus, dibantu dengan unit kereta peronda (MPV) dan juga unit rondaan bermotosikal (URB).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…