PDRM - Tiada kompromi, polis pun kena saman

oleh SALINA JALIL|
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sesiapa termasuklah pegawai atau anggota sendiri sekiranya dikesan melanggar undang-undang seperti yang telah ditularkan di media sosial semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kira-kira pukul 5.30 petang, pihaknya telah terkesan satu video tular di aplikasi TikTok yang mendakwa terdapat seorang anggota polis telah melanggar peraturan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Menerusi rakaman video berdurasi 21 saat itu, kelihatan seorang anggota ronda dari Balai Polis Ampang menunggang motosikal dengan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan dan tidak mempunyai cermin pandang belakang.

 

“Susulan itu, tindakan berlandaskan undang-undang telah diambil terhadap anggota tersebut dengan mengeluarkan dua saman trafik bagi kesalahan yang dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

 

Tegas beliau, pihak IPD Ampang Jaya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

 

 

 

- K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…