PDRM tawar diskaun saman 50 peratus sempena PAU 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus kepada pesalah trafik seluruh negara.


Menurut jurucakap PDRM, kaunter pembayaran saman itu telah dibuka sejak Khamis lalu dan akan ditutup kira-kira pukul 4 petang Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jelasnya, diskaun tersebut hanya sah dan boleh dibayar dikaunter yang dibuka di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di Kuala Lumpur sahaja.

Bagaimanapun katanya, beberapa saman tidak dibenarkan diskaun antaranya kes kemalangan, kesalahan tidak boleh kompaun, tidak patuhi isyarat lampu merah dan saman berstatus waran.

Kata jurucakap itu lagi, pihaknya juga turut menyediakan kaunter semakan saman dan orang ramai dijemput melawat reruai PDRM untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan insiatif tersebut.