PDRM - RM109 juta kutipan saman diselesaikan, tempoh diskaun saman trafik dilanjutkan sehingga 31 Disember

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebanyak RM109 juta dikutip Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh empat hari pelaksanaan diskaun saman trafik yang bermula Khamis lalu.


Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi sebanyak 2.3 juta saman trafik diselesaikan di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir tengah malam ini dilanjutkan hingga 31 Disember ini.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pelanjutan tempoh bayaran kompaun saman itu diberikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka.

 

"Disebabkan sambutan yang menggalakkan sama ada di kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, maka kita memutuskan untuk melanjutkan tempoh kompaun bayaran saman.

 

"PDRM juga sedia maklum berhubung kesesakan di kaunter bayaran saman serta kesesakan pembayaran secara dalam talian pada waktu puncak. Justeru, dengan tempoh yang dilanjutkan ini orang ramai mempunyai masa yang panjang untuk menjelaskan saman tertunggak mereka.

 

"Saya juga sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk melihat sekiranya ada keperluan bagi menambah kaunter bayaran saman di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontenjen (IPK) seluruh negara," katanya.

 

Ini bagi memudahkan orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka di kaunter yang disediakan tanpa perlu bersesak-sesak.

 

Acryl berkata tawaran diskaun kompaun bayaran saman adalah salah satu inisiatif PDRM untuk meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, menjelaskan saman mereka.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
“Buat masa ini kes masih dalam siasatan. “Dan setakat ini masih belum ada tangkapan dan maklumat…
Berita Domestik
"MPV SL 63 menghampiri dua lelaki tersebut dan mengarahkan untuk menghentikan motosikal yang…
Berita Domestik
“Hasil siasatan polis mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi yang dalam perjalanan dari…