PDRM - Plaza tol Gombak tidak sesak pun!

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis DiRaja Malaysia melaporkan tidak ada kesesakan trafik di plaza tol Gombak seperti yang tular di media sosial.

Menurut OCPD Gombak, Asst Comm Zainal Mohamed Mohamed, laluan di plaza tol itu lancar sejak dari semalam (Sabut 17 Julai) dan juga hari ini.

Beliau menerangkan bahawa trafik menghala ke Bentong ada pada tahap minimum dan hanya ada peningkatan 10 ke 20 peratus sahaja menghala ke Kuala Lumpur.

Kenderaan bergerak perlahan lebih kurang 700 meter menghala ke plaza tol kerana sekatan jalan raya (SJR) yang lebih ketat.

"Jumlah kenderaan sebenarnya sama, cuma trafik bergerak perlahan kerana SJR yang sekarang lebih ketat," ujarnya kepada media.

Hanya satu kompaun RM1,500 dikeluarkan hari ini kerana kenderaan itu melebihi muatan yang dibenarkan.

Hampir kesemua kenderaan yang melalui SJR di situ mempunyai permit kebenaran untuk bergerak.

Panggilan telefon Careta ke Anih Berhad, konsesi lebuh raya KL-Karak semalam mengesahkan perkara yang sama juga.

ACP Zainal berharap rakyat Malaysia tidak menyebarkan berita-berita dari sumber tidak sahih kerana ia hanya akan menyebabkan perasaan panik yang tidak bersebab.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita masih menunggu siasatan, saya tidak boleh komen dahulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan…
Informasi
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kuala…
Berita Domestik
Menurutnya, tindakan kumpulan terbabit boleh mengganggu ketenteraman awam selain mengancam…