Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, pihak beliau menerima banyak aduan dari pelbagai pihak mengenai gelagat rider P-hailing yang menunggang secara merbahaya.
Beliau meminta pengguna jalanraya yang lain menghantar rakaman video dashcam ke Facebook JSPT Selangor dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan video tersebut.
Kesalahan ketara yang boleh mengakibatkan kemalangan ialah melanggar lampu isyarat merah, menunggang secara melawan arus dan paling banyak, menunggang tanpa lesen.
* Laporan penuh di Sinar Harian