PDRM: Memadai isi borang rentas negeri tanpa perlu jadual perjalanan dan aktiviti

oleh SALINA JALIL|
Polis menafikan dakwaan tular menerusi media sosial kononnya individu mahu mendapatkan kebenaran rentas negeri diminta menyertakan jadual perjalanan serta aktiviti.


Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata sudah memadai bagi mereka mengisi borang dan mengemukakan butiran serta bukti sahih.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Isu tular ini sudah dinafikan polis. Tidak perlu tunjukkan bukti aktiviti setiap hari kalau mahu merentas negeri. Cukup berikan dokumen sokongan daripada majikan atau pihak lain berkaitan," katanya pada BH, hari ini.

 

Sebelum ini, tular di media sosial terutama Facebook kononnya polis mengeluarkan arahan supaya pemohon rentas negeri diwajibkan menunjukkan bukti aktiviti setiap hari.

 

Ia susulan beberapa laporan selebriti dan personaliti media sosial atau 'Instafamous' menyalah guna kebenaran rentas negeri diberi polis.

 

Maklumat tular itu turut menyebut pegawai polis bertugas perlu memperincikan maklumat pemohon sebelum meluluskan kebenaran berkenaan.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol dalam…
Berita Domestik
  "Sebanyak 125 kenderaan diperiksa sejak pagi tadi dengan membabitkan 294 individu yang cuba…
Berita Domestik
  "Tidak sampai 24 jam SJR dilakukan, sudah 30 individu diarah berpatah balik kerana tiada surat…