PDRM makin tegas - 6 pemandu mabuk ditahan di PJ

oleh HEZERI SAMSURI|
Enam lelaki ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di Petaling Jaya pada hujung minggu lalu.

Pesalah berusia antara 22 sehingga 41 tahun dan ditahan dalam operasi sekatan jalanraya yang dilakukan pada hari Sabtu 11 malam dan dan 3 pagi Ahad.
Modenas

Sebanyak 217 buah kenderaan ditahan dalam operasi itu dan 42 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Menurut OCPD Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, objektif utama operasi itu ialah untuk membasmi gejala pemandu mabuk.

"Masih ramai yang engkar dan memandu dalam keadaan mabuk," ujar ACP Nik Ezanee.

Diharapkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan terus melakukan operasi besar-besaran untuk menangkap pemandu mabuk.

Agensi kerajaan yang lain pula perlu bangkit dan memulakan kempen kesedaran dengan meminta premis penjualan alkohol menyediakan poster peringatan untuk tidak memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak MIROS mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan kerana ia menunjukkan kesungguhan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis daerah Muallim, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman, sebuah kereta patrol (MPV)…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata,…