Menurutnya, pihaknya mensasarkan RM400 juta kutipan saman bagi tahun lalu namun tidak dapat mencapainya dan semua kutipan itu akan disalurkan kepada kerajaan.
"Selain itu, tahun lalu sebanyak 7,604 operasi dijalankan dan hasilnya 7,655 tangkapan dilakukan menyaksikan 3,394 individu ditahan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana kesalahan mabuk," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Azisman berkata, seramai 2,624 orang ditahan mengikut Seksyen 42 APJ 1987 (samseng jalanan) dan 1,637 tangkapan bagi lain kesalahan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya berada pada fasa terakhir untuk membangunkan aplikasi dalam talian, khusus untuk orang awam membayar saman.
"Sistem dalam talian itu dibangunkan di portal dan aplikasi yang boleh diakses melalui telefon pintar.
"Pembayaran saman itu akan menjimatkan masa orang awam selain sebagai usaha mengawal penularan Covid-19," katanya.
Bagaimanapun katanya, nama aplikasi itu masih dibincangkan dengan Tan Sri (Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador).
"Aplikasi itu akan dilancarkan dalam masa terdekat mungkin sebulan atau dua bulan lagi," katanya.