Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebahagian daripada lokasi sekatan jalan raya akan diatur semula ke lokasi yang lebih strategik.
"Rombakan ini akan melibatkan beberapa lokasi sekatan jalan raya serta bertujuan untuk menyekat kehadiran pendatang tanpa izin," ujarnya ringkas kepada Bernama.
Abdul Hamid turut berkata, pasukan pemantau akan ditambah bagi memastikan orang ramai kekal mematuhi penjarakan sosial.
Sumber: Bernama TV