PDRM kenal pasti 30 ‘hot spot’ kawasan nahas, trafik sesak musim perayaan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menjelang musim perayaan sudah pasti kesesakan di jalan raya dan lebuh raya akan berlaku. Dalam erti kata yang lain, pasti terdapat pemandu-pemandu yang kurang sabar dan 'mencabar' undang-undang jalan raya.


Berdasarkan pengalaman lalu, pihak Polis Diraja Malaysia PDRM (PDRM) telah mengesan 30 lokasi panas berlaku nahas dan kesesakan trafik di seluruh negara sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lokasi-lokasi terlibat meliputi kawasan di lebuh raya, jalan persekutuan dan negeri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Ada 30 lokasi hot spot yang berisiko untuk nahas dan mengalami kesesakan lalu lintas, semua tempat ada termasuk di lebuh raya, jalan persekutuan serta negeri.

 

“Risiko ini disebabkan enam kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu laju, menggunakan telefon bimbit, potong garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan dan potong garisan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Op Selamat 19/23 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Ayer Keroh di Melaka pada Jumaat.

 

Mengulas lanjut beliau berkata, seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik akan ditugaskan dalam memastikan kelancaran lalu lintas, manakala 5,875 personel lain melibatkan Unit Rondaan Bermotor (URB) serta kereta peronda polis (MPV).

 

“Kita bukan sahaja tertumpu kepada trafik tetapi juga keselamatan lain termasuk rondaan di kawasan perumahan bagi mengekang jenayah pecah rumah pada musim perayaan ini.

 

“PDRM turut mewujudkan beberapa pasukan khas termasuk Unit Siasatan Lebuh Raya dan Unit Risikan Operasi,” katanya.

 

- semoga anda tabah menghadapi ujian di jalan raya kelak. Harap bersabar kerana jalan raya kita kongsi bersama -

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…