PDRM buru pemilik salah guna lampu mata arah, berlagak penguatkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis akan memburu mana-mana pemilik kenderaan yang mengubahsuai dan menyalahgunakan lampu mata arah (strobe light).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Ini adalah berikutan rungutan para pengguna jalan raya terhadap kelakuan pihak yang tidak bertanggungjawab serta suka mengambil kesempatan dan berlagak seperti pegawai penguatkuasa.

Sebelum ini, tular beberapa video di media sosial berhubung penyalahgunaan lampu mata arah, dan pihak JSPT sedang menyiasat dan akan mengambil tindakan sewajarnya memandangkan nombor pendaftaran kenderaan terlibat telah pun dikenalpasti.

Pemilik kenderaan persendirian yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau dipenjara.

Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalan tugas kecemasan  seperti kenderaan Polis, Bomba, Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain  dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Berdasarkan hasil pemerhatian, insiden tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan…