PDRM - Banjir telah surut, pemilik diminta ambil kenderaan tersadai tepi jalan

oleh SALINA JALIL|
Pemilik kenderaan- kenderaan yang ditinggalkan di tepi jalan selepas banjir di pekan Sri Muda, Seksyen 25 di sini diminta mengambil kenderaan masing-masing untuk mengelakkan kecurian.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, selepas banjir surut pihaknya mengesan masih banyak kenderaan rosak yang ditinggalkan di tepi jalan di beberapa kawasan di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, terdapat sebuah kereta Proton Saga, lori, kereta jenis Mitsubishi yang ditinggalkan di Persiaran Budiman dari Bulatan Budiman Kuil menghala Bulatan Budiman Masjid.


"Pemilik kenderaan yang meninggalkan kereta di Persiaran Aman berhadapan dengan kawasan perumahan Jalan Riang 25/117 turut diminta untuk mengalihkan kenderaan masing-masing ke tempat yang lebih selamat.

 

"Di Jalan Abadi 25/58 hadapan Balai Polis Sri Muda terdapat kenderaan jenis Proton Saga, Volvo,Proton Wira, Volkswagen, Toyota Avanza, Proton Inspira, Naza Kia dan Hyundai yang ditinggalkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik kenderaan supaya segera mengambil kenderaan masing-masing untuk mencegah daripada dikhianati pihak tidak bertanggungjawab.

 

"Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus di talian 03-55202230 atau Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Asisten Superintendan Akmal Rabiatun Zaini di talian 019-6546007," katanya.
 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini daripada Teslarati, kebanyakan trak elektrik Semi itu tidak mengalami…
Berita Global
Ketua balai bomba Abington, John Nuttall menyalahkan Ford Motor Company kerana gagal menyelesaikan…
Berita Domestik
  Menyedari permasalahan tersebut, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengambil tindakan dengan…