PDRM bakal terima 16 dron berkuasa tinggi dan 175 kenderaan pacuan empat roda

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 16 dron berkuasa tinggi yang diluluskan kerajaan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan sempadan seluruh negara terutama di kawasan tidak berpagar.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kawasan sempadan tidak berpagar itu adalah sejauh 44.55 kilometer yang digunakan penyeludup melalui lorong tikus ketika melakukan jenayah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, dron yang bakal diperoleh nanti mampu terbang di udara lebih daripada empat jam dan akan dikawal Pasukan Gerakan Udara (PGU).

 

"Sebanyak RM48 juta diperuntukkan kerajaan menerusi RMKe-12 Rolling Plan Pertama (RT1) melalui proses tender Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi perolehan dron ini.

 

"Kita harap dengan adanya dron ini boleh membantu meningkatkan operasi dan tahap keselamatan di kawasan sempadan terutama yang tidak berpagar, bagi mengekang aktiviti jenayah," katanya semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad dan Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

 

Mazlan berkata, sebanyak 175 kenderaan pacuan empat roda (4x4) juga akan diterima PDRM dalam masa terdekat, sekali gus membantu meningkatkan tahap operasi pihaknya di seluruh negara.

 

hilux polis
gambar hiasan - sumber PDRM

 

Sementara itu, beliau berkata, anggota risik yang bertugas di kawasan sempadan akan dilengkapi 'inner bullet proof vest' sebanyak 1,000 set bagi memberikan perlindungan keselamatan kepada mereka.

 

Katanya, kerajaan meluluskan peruntukan RM5 juta bagi pakaian itu dan anggota risik dinasihat terus meningkatkan tahap operasi di kawasan sempadan bagi memperoleh maklumat penting.

 

 

"Kumpulan risik kena kuat untuk kita kekang aktiviti jenayah di sempadan," katanya yang turut membuat tinjauan di sempadan Kedah dan Perlis, semalam.

 

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…