PDRM akan periksa kadar tol, kesan individu cuba rentas negeri

oleh Mohamad Hanif|
Polis Perak akan menempatkan penguat kuasa di setiap kaunter tiket plaza tol untuk memeriksa baki tambah nilai bagi memastikan tiada individu merentas negeri pulang ke kampung ketika perayaan Aidilfitri ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata ia antara strategi yang akan digunakan bagi menyemak kadar bayaran tol terhadap individu yang cuba mengambil kesempatan merentas negeri.

"Kita akan menyemak kadar bayaran tol, kadang-kadang bagi mengelak dikesan mereka akan masuk tol ini dan keluar tol yang ini.

"Jika kita tengok kadar bayaran tol, contohnya dari Jalan Duta jika tiada surat kebenaran merentas negeri, kita akan mengambil tindakan kompaun dan mengarahkan mereka berpatah balik," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak Bagi Bulan Mei 2021 di Dewan Serbaguna, Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) di sini, hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, pihaknya tidak dapat membuat tindakan lebih ketat di jalan raya ketika perayaan kerana ia akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Justeru, beliau menasihati setiap individu bertanggungjawab mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya COVID-19 tidak kembali menular tinggi.

"Masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat di kekang sepenuhnya, kerana polis tidak mampu memeriksa setiap orang yang bergerak atas jalan raya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, polis Perak akan berusaha meningkatkan penguatkuasaan SOP yang ditetapkan kerajaan supaya pergerakan keluar masuk ke daerah dapat dikekang terutama musim cuti sekolah dan perayaan bakal menjelang.

"Kita akan meningkatkan penguatkuasaan sekatan jalan raya di daerah untuk mengekang masyarakat luar masuk ke negeri ini terutama pada hari raya ini," katanya.

Sumber: Berita Harian