PDRM - 2,000 unit kamera badan untuk anggota polis di lapangan bermula Jun ini

oleh SALINA JALIL|
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepat penawaran tender perolehan kamera badan, bagi kegunaan anggota polis di lapangan.


Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya mendapat maklum balas positif daripada KDN berhubung pembelian kira-kira 2,000 unit kamera badan itu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Saya membawa perkara ini kepada KDN untuk mempercepat proses tender aset berkenaan dan didapati ia berada di atas landasan dan diharap dapat dilaksanakan pada hujung Mei ini atau Jun depan," katanya.

 

Beliau berkata, perolehan itu akan melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Teknikal sebelum dipilih oleh Lembaga Perolehan Tender di KDN, bagi mengeluarkan surat setuju terima kepada syarikat yang terpilih.

 

kamera badan

 

 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi melindungi anggota PDRM daripada perbuatan fitnah penjenayah atau orang tidak bertanggungjawab, kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembelian kamera badan untuk kegunaan anggota polis.

 

Sementara itu, Mazlan berkata, keperluan logistik di sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa bermula semalam, mencukupi bagi menjamin keselamatan dan keselesaan petugas polis di lapangan.

 

Beliau berkata, jumlah peralatan dibekalkan bagi petugas di sekatan pada PKP kali ini cukup memandangkan jumlah sekatan kurang, berbanding PKP pertama awal tahun lalu.

 

"Semua aset itu diterima hasil perolehan dibuat sebelum ini.

 

"Peralatan klinikal seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman serta sarung tangan juga mencukupi," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata lelaki terbabit mengambil bahagian dalam perarakan itu bersama beberapa penunggang…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Informasi
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghalang orang…