PDB hangatkan lagi sambutan Tahun Baru Cina dengan pelbagai jenis ganjaran

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung, PETRONAS Dagangan Berhad menghangatkan suasana perayaan dengan beberapa penawaran menarik untuk para pelanggannya.
Modenas

Ia dimulakan dengan kempen tahunan PETRONAS Coffee Break, salah satu kempen keselamatan jalan raya yang bertujuan untuk memberikan peringatan kepada pengguna untuk kekal selamat terutama ketika musim perayaan.

Menerusi kempen PETRONAS Coffee Break, PDB telah menyumbangkan minuman kopi dan snek serta barangan menarik kepada petugas baris hadapan di 15 buah hospital di seluruh negara, serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kempen ini mendapat sokongan daripada rakan seperti Nestle Products Sdn Bhd, ETIKA Sdn Bhd, Delfi Marketing Sdn Bhd, Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Podirect Trading (M) Sdn Bhd, dan iNova Pharmaceutical.

 


Selain daripada PETRONAS Coffee Break, PETRONAS turut menawarkan hadiah menarik berupa Samsung Galazy S10, A30 atau A50, gajet Samsung Galaxy (Watch, Bud, FIT), serta 2,000 mata Mesra untuk 236 pemegang Kad Mesra yang melakukan transaksi bermula 5 Februari hingga 31 Mac ini.

Tebusan ganjaran tersebut boleh dibuat menerusi platform Setel Mesra Redemption di app.setel.my/mesrarewards, di mana ia melayakkan pengguna mendapat lima penyertaan apabila ia dibuat menerusi aplikasi Setel.

Manakala bagi ahli Kad Mesra yang baharu sahaja mengaktifkan kad fizikal, atau memautkan kad kepada aplikasi Setel menerusi aplikasi tersebut akan mendapat 10 penyertaan.

PDB memperluaskan lagi penawaran [email protected] dengan memasukkan menu edisi terhad Tahun Baru Cina seperti Yee Sang, Prawn & Mandarin Slices Salad, Garlic Fried Rice with Black Pepper Chicken/Beef, dan Mandarin Orange Mousse yang boleh didapati menerusi stesen minyak berdekatan.

Dalam masa yang sama, PDB turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong barangan tempatan menerusi Love Local Campaign.

 

 


Selain daripada itu, setiap pembelian RM30 bahan api PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive, atau Primax 97 dengan Pro-Drive yang dibuat antara 10-28 Februari melayakkan pengguna menerima Ang Pau e-baucer bernilai RM1 yang boleh ditebus menerusi lovelocal.com.my.

Sepanjang tempoh tersebut, PDB menyediakan 80,000 e-baucer untuk direbut dan boleh digunakan untuk membeli barangan di Kedai Mesra.

Untuk menggalakkan lagi penggunaan aplikasi Setel yang lebih terbukti mengurangkan sentuhan fizikal, Setel menawarkan ganjaran rujukan sebanyak RM30 untuk setiap tiga rujukan yang berjaya, dan e-baucer bernilai RM50 untuk pengguna bertuah Setel.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi https://www.setel.my/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
[email protected] merupakan satu sudut khas berkonsepkan 'grab-and-go', menawarkan sajian makanan yang…
Informasi
  Kerja penggerudian penerokaan telaga Polok-1 bermula dari 29 Februari 2020, serentak diikuti…
Berita Global
  PETRONAS sedang mempelbagaikan dan mengembangkan portfolio perniagaan minyak dan gasnya di AS…