PD3C 2018 - Invictus muncul juara!

oleh Mohamad Hanif|
Pertandingan Proton~DRB-HICOM Creative Car Challenge (PD3C) telah melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan rekaan Invictus daripada pasukan Asia Pasific University (APIIT) sebagai juara dan membawa pulang hadiah berupa pingat emas dan wang tunai bernilai RM7,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tempat kedua pula dimenangi oleh Scrumptious Food Car yang dibangunkan menggunakan Proton Saga hasil ciptaan daripada Universiti Malaya (UM) dan tempat ketiga disambar oleh Deutro (Proton Suprima) daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). 

Manakala tempat keempat pula dimenangi oleh ENVYSAGE daripada pasukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
 


Sementara itu, UNISZA berjaya mencuri tumpuan dengan memenangi Anugerah Best Presentation dan pingat emas dalam pertandingan Car Modelling Challenge, selain membawa pulang pingat emas dan perak dalam slot Design Battle yang menjadikan  kehidupan ikan sebagai tema utama. 

Majlis penyampaian hadiah dan penutup disempurnakan oleh Prof. Dato Sr. Dr. Omar bin Osman, Vice Chancellor DRB-Hicom University dan dibantu oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Hariri bin Abdullah, Pengarah Majlis Rekaan Malaysia (MRM). 

PD3C pada tahun ini menarik penyertaan lebih daripada 20 buah institusi pengajian tinggi untuk menunjukkan bakat di dalam tiga pertandingan utama - Creative Car Challenge, Car Modelling Challenge dan Design Battle. 

 


DRB-HICOM berharap pertandingan yang diadakan ini mampu menarik lebih ramai bakat muda untuk menunjukkan kemampuan masing-masing dalam menjadikan Malaysia sebagai perintis di dalam bidang automotif terutama di rantau ASEAN. 

Berikut merupakan senarai pemenang untuk PD3C:

Creative Car Challenge

Pingat Emas + RM7,000
Invictus - Asia Pacific University

Pingat Perak + RM5,000
Scrumptious Food Car - Universiti Malaya

Pingat Gangsa + RM3,000
Deutro - Universiti Sultan Zainal Abidin

Pingat Kuprum + RM1,000
ENVYSAGE - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Anugerah Khas
Most Viral Post for Exterior Pictures
Proton Edge - UNIMAP

Most Viral Post for Interior Pictures
Proton Edge - UNIMAP

Best Engineered Car
Iris Infinity - UNIKL

Best Video 
Interesa - Adtec Melaka

Best Teamwork 
Deutro - UNISZA

Best Presentation
Team Mara B - IKM Jasin/KKTM Rembau/KKTM Masjid Tanah

 

Car Modelling Challenge

Anugerah Khas
Best Presentation
Universiti Sultan Zainal Abidin

Pingat Emas + RM2,500
UNISZA

Pingat Perak + RM2,000
Politeknik Ibrahim Sultan

Pingat Gangsa + RM1,500
Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

Design Battle

Pingat Emas + RM1,200
Mohamed Saiful bin Abdul Halim - UNISZA

Pingat Perak + RM1,000
Ahmad Zul Khairi bin Mohd Othman - UNISZA

Pingat Gangsa + RM800
Khoo Wern Sheung - Asia Pasific University

 

Creative Car Challenge

 

Car Modelling Challenge

 

Design Battle