PCX skuter premium dari Honda

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dunia skuter Honda masih menawarkan model PCX untuk tahun 2017 ini. Skuter premium model sejukan cecair 125cc satu-selinder 4-lejang ini disasarkan kepada pengguna yang menginginkan sebuah jentera pelbagai kegunaan untuk ke pejabat mahupun bersantai. IMG_3364_lzn Menggunakan roda 14 inci dengan lima jejari, ia dilengkapi brek cakera 220mm tiga-angkup di hadapan dan digabungkan dengan brek gelendung belakang bagi mengawal kelajuan keseluruhan motosikal. Model PCX ini menggunakan fork hadapan 31mm bagi menghasilkan penyerapan hentakan yang selesa. Transmisi automatik V-Matic Honda diguna pakai untuk skuter ini, dan ruang penyimpanan nya mampu menyimpan sebuah topi keledar muka-penuh. Ruang penyimpanan hadapan juga agak besar bagi menyimpan barangan kecil seperti sarung tangan, baju hujan dan telefon bimbit. Rekabentuk hadapan nya juga sedikit sebanyak diasaskan kepada gaya jentera VFR1200F terbaharu mereka. IMG_3367_lzn Pelana nya mempunyai ketinggian 29.9 inci namun mudah untuk diduduki dengan rekabentuk skuter nya yang terbuka. Lantai nya yang luas juga akan di sambut baik oleh penunggang yang agak tinggi. Perlindungan angin dan cuaca juga baik dengan rekabentuk fairing depan yang lebar. Honda PCX ini ditawarkan pada harga asas RM11,500. 20150404_190024 20150404_190216 20150405_201418 Spesifikasi Honda PCX Enjin: 149cc satu selinder 4-lejang sejukan cecair Gerek dan lejang: 52.4mm x 57.9mm Nyalaan: PGM-FI digital Transmisi: V-matic automatik Suspensi depan: fork 31mm Suspensi belakang: Unit lengan-ayun Brek depan: cakera 220mm dengan 3-angkup hidraulik Brek belakang: gelendung 130mm Suspensi depan:     31mm telescopik lejang 100mm Suspensi belakang:    lenganayun aluminium lejang 75mm Tayar depan    90/90-14M/C Tayar belakang     100/90-14M/C