PayDirect Touch 'n Go bakal diperluaskan ke PLUS, NKVE, Elite dan LEKAS

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar: SoyaCincau

Sehingga kini, terdapat 16 buah pengendali lebuhraya di sekitar Lembah Klang yang menyokong cara pembayaran e-dompet PayDirect.

Dengan PayDirect, pengguna boleh mendaftarkan kad fizikal Touch 'n Go mereka menggunakan aplikasi mudah alih di peranti pintar, dan membayar tol dengan hanya menggunakan amaun wang yang terdapat di dalam e-Dompet sahaja. 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Touch 'n Go, aplikasi pembayaran menerusi e-dompet PayDirect akan diperluaskan kepada lebuhraya yang lain seperti PLUS, NKVE, Elite dan LEKAS. 

Dengan cara ini, ia akan lebih memudahkan para pengguna membayar tol tanpa perlu bersusah payah menambah nilai pada kad fizikal seperti sebelum ini. 

Walaubagaimanapun, tarikh pelaksanaan PayDirect ke atas lebuhraya yang disebut masih belum dapat dipastikan lagi. 

Sumber: Amanz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh tersebut, segala perkhidmatan di dalam aplikasi TnG eWallet tidak akan berfungsi…
Berita Domestik
Syarikat itu memohon maaf kepada mereka yang terjejas atas kesulitan dan sedang membetulkan…
Berita Domestik
Dengan pengenalan ciri ini, ia menjadikan Gurney Paragon sebagai pusat membeli belah pertama di…