PAW pengelap cermin proaktif

oleh Careta.my|
paw-main
paw-main
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Satu kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa 50 peratus pemandu di Amerika Syarikat berasa cuak gelisah untuk memotong lori ataupun kenderaan lain sewaktu pemanduan di jalanraya basah. Ia nya kerana seringkali air akan terpercik atau melimpah dari bumbung lori, dan menyebabkan kehilangan penglihatan dari jalan raya buat seketika. ProActive Wipers (PAW) dicipta oleh syarikat teknologi antarabangsa, Semcon kini menawarkan penyelesaiannya. Ia merupakan satu sistem pengelap cermin yang pro-aktif. Sistem PAW ini menggunakan kamera, radar dan sensor hujan untuk meramalkan dengan tepat bila percikan air dari kenderaan lain akan melanda cermin hadapan kereta anda. How It Works 98 - 2017 UK Ia kemudiannya bertindak balas dengan mengaktifkan pengelap cermin lebih awal daripada sensor hujan standard, supaya percikan ini dapat secara serta-merta diketepikan dan mengurangkan kehilangan pandangan kepada tahap minumum. Sistem ini juga amat bernilai untuk kereta pandu sendiri kerana kemampuannya mengekalkan cermin hadapan agar sentiasa bersih supaya kesemua sensor pemanduan mampu berfungsi baik.