Patutkah motosikal dibenar guna laluan kecemasan?

oleh HEZERI SAMSURI|
Ini adalah persoalan yang sudah lama ditimbulkan.

Samada motosikal itu menjadi punca kemalangan atau mangsa kemalangan di laluan kecemasan, pastinya akan ada aktivis keselamatan jalanraya atau individu-individu lain yang cuba menimbulkan isu ini.

Peminat dan pengguna motosikal pula akan mendiamkan diri, dan pihak polis juga hendak tak menjawab bila ditanya isu yang sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada pendapat saya, mungkin sudah tiba masa kita bincangkan isu ini secara rasmi kerana ia perlu punyai satu jalan penyelesaian.

1. Dari segi undang-undang bagaimana?

  • Dari segi undang-undang, hanya kenderaan yang mengalami kecemasan dan kenderaan-kenderaan kecemasan seperti ambulan dan polis serta bomba yang boleh menggunakan laluan ini.
  • Namun begitu, undang-undang bukannya tidak boleh berubah kerana ia direka oleh manusia dan undang-undang itu mungkin dibuat ketika jalanraya masih tidak mempunyai jumlah kenderaan yang tinggi seperti sekarang.
  • Pada pendapat saya, jika ada keperluan, undang-undang boleh dibahaskan dan diubah untuk lebih relevan kepada persekitaran sekarang.

2. Apa jadi jika kita pastikan motosikal tidak boleh guna laluan kecemasan?

  • Bayangkan ratusan motosikal yang tersangkut di belakang kenderaan sewaktu panas matahari. Adakah mereka akan sabar dan terus berdisiplin? Jangan cerita pasal Jepun, di sana tidak ada suhu setinggi di Malaysia.
  • Atau bayangkan ratusan motosikal yang menyelinap di celah celah kereta anda pula, tak henti-henti.
  • Adakah ini satu situasi yang lebih baik atau lebih merbahaya?  

3. Apa jadi jika motosikal dibenarkan menggunakan lorong kecemasan?

  • Ini satu perkara yang menarik. Seumur hidup saya memandu atau menunggang motosikal, saya tak pernah melihat ambulan, kereta polis atau bomba yang tersekat di laluan kecemasan akibat motosikal.
  • Tidak seperti kereta, motosikal ialah sebuah kenderaan yang kecil dan mudah menyelinap ke tepi untuk memberi laluan. 
  • Jadi jika motosikal dibenarkan menggunakan lorong kecemasan, adakah ia akan mendatangkan masalah? 
  • Tapi jika mereka menunggang dengan laju di lorong kecemasan, itu adalah satu kerja bodoh kerana "margin of error" terlalu kecil di lorong kecemasan.

4. Adakah penggunaan lorong kecemasan punca paling tinggi kematian penunggang motosikal?

  • Bagi penunggang tegar, mereka sedar menunggang motosikal mempunyai risiko yang tinggi dan yang paling penting sekali, penunggang motosikal bukan hanya boleh menjadi punca kemalangan, tetapi mangsa kemalangan juga.
  • Namun begitu, dalam kes penggunaan lorong kecemasan oleh motosikal, adakah ia menjadi punca utama kemalangan maut? 
  • Kepada pakar-pakar ini, saya ingin bertanyakan beberapa soalan berkaitan statistik kemalangan maut di kalangan motosikal.
    • - Berapa peratusan penunggang motosikal yang maut kerana kesilapan diri mereka sendiri?
    • - Berapa peratusan penunggang motosikal yang maut kerana kesilapan pengguna lain?
    • - Berapa peratusan penunggang motosikal yang maut kerana kepincangan infrastruktur seperti jalanraya berlubang, jalanraya licin, kekurangan papantanda amaran dan lain-lain lagi?

 

 

Saya akui, memang kadar kemalangan maut di kalangan pengguna motosikal sangat tinggi, tetapi sekiranya usaha hanya setakat menyalahkan satu pihak dan menghasilkan undang-undang yang lebih ketat tidak akan menjadi solusi terbaik masalah ini.

Kempen kesedaran tetap perlu diadakan secara terus menerus dan rintihan pengguna motosikal juga perli dikaji kembali.

Motosikal menjadi mod pengangkutan penting di Malaysia, dan jumlah jualan tahunan motosikal sekarang ini kita lihat hampir sama banyak dengan kereta. 

Jalanraya yang mempunyai jumlah motosikal yang lebih tinggi dari kereta akan menyebabkan pemandu kereta lebih berhati-hati kerana mereka faktor "out numbered".

Jalanraya yang mempunyai jumlah motosikal yang lebih kecil juga akan memudahkan orang lebih berhati-hati dengan kehadiran mereka.

Tetapi jumlah motosikal yang sama banyak dengan kenderaan lain akan menimbulkan masalah lain pula kerana tidak ada sesiapa yang mahu mengalah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…
Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…