Pati sengaja lompat ke arah kenderaan bergerak!

oleh Penyumbang Rencana|
foto Harian Metro
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan penahanan seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) kerana disyaki sengaja melompat ke arah kenderaan yang sedang bergerak sehingga mengakibatkan kemalangan di Bandar Sungai Long, di Kajang Selasa lalu.

Kejadian tersebut tular selepas rakaman kamera papan pemuka memaparkan seorang lelaki berbaju merah dan berseluar hitam berdiri di bahu jalan dan tiba-tiba melompat ke arah sebuah kenderaan yang sedang bergerak lalu terjatuh akibat dilanggar kenderaan terbabit.

Suspek yang hanya mengalami kecederaan ringan meninggalkan tempat kejadian sebelum sempat mengambil butiran atau pengenalan dirinya.

Dua kenderaan mengalami kerosakan akibat daripada perbuatan lelaki warga asing yang berusia 32 tahun yang merupakan pekerja pembersihan.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan tahap kesihatan mental suspek berkenaan belum dapat ditentukan, manakala ujian saringan air kencing didapati negatif.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain yang boleh dihukum penjara tiga bulan atau dengan RM500 atau keduanya sekali dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

- Kamera papan pemuka penting! Sebelum ini selalu lihat kes sebegini di China, tetiba dah 'berpindah' ke sini pula!-

Bacaan sepenuhnya di Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Susulan itu, aset bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Patkor Optima…
Berita Domestik
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan…
Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…