Pasukan tentera Thailand disinfeksi jalan raya Bangkok setiap malam!

oleh SALINA JALIL|
Pasukan tentera Thailand telah mula sembur jalan raya di Bangkok dengan bahan disinfeksi untuk memerangi penyebaran virus Covid-19 sejak hari Khamis lalu.


Unit tentera tersebut telah dikerah untuk melakukan pembersihan harian dari jam 1 pagi hingga 5 pagi sehingga akhir bulan ini. Operasi pembersihan adalah menggunakan air bercampur dengan bahan disinfeksi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Operasi penyemburan jalan raya ini telah diluluskan pada mesyuarat tertinggi unit tentera Thailand yang dipengerusikan oleh ketua tentera, Apirat Kongsompong yang diketuai oleh Unit Pertahanan Udara Tentera dan Jabatan Kimia Angkatan Darat, kata jurucakap wakil tentera Kon Sirichan Ngathong.


Operasi penyemburan disinfeksi bersama air dijalankan di jalan-jalan utama yang melalui kawasan-kawasan yang sesak di ibu negara. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, operasi penyemburan ini diadakan pada waktu awal pagi. 


Pembersihan tersebut juga bertumpu di jalan raya di sekitar zon perdagangan, stesen pengangkutan, pelabuhan, kemudahan pendidikan, kawasan aktiviti luaran dan kawasan perhimpunan awam.


Kerajaan Thailand juga telah melaksanakan penutupan tempat-tempat hiburan selama dua minggu dan tempat-tempat lain yang selalui dikunjungi orang awam untuk memerangi wabak itu.

 

 

Sumber: Bangkok Post