Pasukan Sime Darby Racing sertai Porsche Carrera Cup Asia 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sime Darby Auto Performance telah memperkenalkan Pasukan Sime Darby Racing bagi membuat kemunculan sulungnya dalam perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia 2023 (PCCA) dengan kerjasama Earl Bamber Motorsport (EBM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan itu akan diwakili oleh bekas pelumba Formula 3, Nazim Azman sebagai pemandu jentera pasukan itu, dimana Nazim akan menggunakan jentera lumba 911 GT3 Cup.

 

2

 

Jentera lumba 911 GT3 Cup itu dihiasi dengan corak batik yang melambangkan kebanggaan negara, Pasukan Sime Darby Racing juga akan berlumba dalam kategori PCCA PRO.

Musim Porsche Carrera Cup Asia ke-20 bakal merentasi benua itu sekali lagi pada 2023, selepas dua musim perlumbaannya tertumpu di China.

 

3

 

Malaysia telah diberi penghormatan untuk membuka tirai perlumbaan 2023, yang seterusnya akan bersambung di Korea, Jepun, Thailand, Singapura sebelum berakhir di pangkalan Porsche Motorsport Asia Pasifik di Shanghai, China.

Siri one-make menetapkan standard teknikal yang sama untuk semua pasukan, dan jentera GT3 Cup generasi ke tujuh itu dibina berasaskan kepada 992-generation 911 yang membawakan lebih downforce dan teknologi untuk prestasi yang lebih baik.

 

4

 

Earl Bamber Motorsport akan bekerjasama sebagai rakan teknikal pasukan tersebut, ia dibangunkan oleh juara PCCA sebanyak dua kali, pemandu Porsche Works yang berkaliber dan juara 24 Hours of Le Mans sebanyak dua kali, Earl Bamber yang terkenal dalam dunia sukan pemotoran.

Kembali untuk jadual penuh Asia, tirai perlumbaan musim ini akan dibuka di Litar Antarabangsa Sepang untuk pusingan 1 dan 2 pada 28 hingga 30 April 2023.

 

6

 

Siri itu kemudiannya akan menjelajah ke seluruh rantau Asia sebelum kembali ke Malaysia untuk pusingan 9 dan 10 pada 25 hingga 27 Ogos 2023, serta pusingan 3 Siri Kejohanan Malaysia di Litar Antarabangsa.