Pasukan Roda-roda Kota Dubai terima 8 unit Ducati Panigale V4 R!

oleh Mohamad Hanif|
Hidup di bandar yang serba mewah dan kurang pula kadar jenayah tidak membebankan pihak polis Abu Dhabi dalam usaha untuk membanteras segala kejahatan yang ada di muka bumi United Arab Emirates itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, pasukan polis yang terkenal dengan koleksi kereta peronda yang eksotik itu telah menambah lapan unit motosikal berkuasa tinggi Panigale V4 R ke dalam fleet peronda. 

 


Ia merupakan satu koleksi yang sangat menarik dan bersesuaian untuk dipadankan dengan mana-mana jentera peronda  pasukan polis yang kaya-raya itu seperti Lamborghini Huracan, Bugatti Veyron dan juga Nissan GT-R. 

Sekiranya anda tidak mengerti spesifikasi jentera dua roda terbaharu ini, Ducati Panigale V4 R merupakan model homologasi yang dibina berdasarkan jentera lumba Ducati WSBK. 
 


Jentera lumba yang halal digunakan di jalan raya biasa ini memiliki sesaran 1,000 cc menghasilkan 221 kuasa kuda dalam keadaan standard, namun dengan ECU perlumbaan dan set ekzos Akrapovic, kuasa tersebut boleh dilonjakkan kepada angka 234 kuasa kuda. 

Tiada sebarang modifikasi dilakukan selain daripada spesifikasi standard dan kelengkapan seperti variasi mod tunggangan, kawalan cengkaman, ciri ABS membelok dan quick-shifter. 
 


Apa yang berubah hanyalah layangan warna dua tona biru dan putih (warna tipikal polis) dan kesemua fleet motosikal ini bakal bertugas bersama-sama sebuah kereta lumba Formula 2 dan Lykan HyperSport yang baharu sahaja memulakan tugas Mei lalu. 

Sumber gambar: IG Dubai Biker Boys

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…
Berita Global
Terbaharu, mereka melancarkan sebuah SUV yang dinamakan sebagai Ghiath Smart Patrol menggunakan…
Berita Global
Sama seperti barisan kenderaan mahal yang lain, Mercedes-AMG GT 63 S akan digunakan bagi meronda…