Pasukan Proton R3 rangkul kemenangan di Sepang 1000KM

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Proton R3 berjaya meraih kemenangan buat kali ketiga berturut-turut pada kejuaraan Sepang 1000KM (S1K) untuk tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jentera Proton Iriz 2019 yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Farique Hairuman berjaya mendominasi perlumbaan diikuti oleh jentera Saga 2019 (Syafiq Ali dan Admi Shahrul) yang menduduki tempat kedua. 

Selain daripada kemenangan berganda, pasukan pelumba wanita Proton R3 juga berjaya menunjukkan prestasi yang mengkagumkan, walaupun terpaksa bermula dari petak ke-26. 
 


Walaupun mengalami masalah teknikal ketika pusingan kelayakan, jentera Proton Saga 2019 yang dipandu oleh Nurul Husna, Faye Kusairi dan Leona Chin berjaya mendaki ke tangga ketujuh secara keseluruhan. 

Ia sekaligus menjadikan mereka sebagai pasukan wanita pertama yang berjaya menamatkan perlumbaan. 

Tahniah dan syabas buat pasukan Proton R3!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Sukan Bermotor
Pasukan yang sama menyertai Sepang 1000KM (S1K) tahun lepas kini tampil dengan nama baharu, iaitu…
Sukan Bermotor
Acara Vios Sprint Cup akan berlangsung sekali dengan perlumbaan Malaysia Championship Series (MCS)…