Pasukan Polis terima 24 unit BMW R1250 GS dan 39 unit Toyota Hilux

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Unit Tindak Khas (UTK) baru-baru ini menerima barisan motosikal baharu berupa 24 unit motosikal BMW R 1250 GS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan gambar, kesemua unit BMW R 1250 GS tersebut dilengkapi dengan cat berwana gelap, pemasangan pannier Vario, serta penampilan logo UTK pada windshield.

Unit pemantauan pemeriksaan dan penerimaan (Task Force) pula menerima sejumlah 39 unit Toyota Hilux 2.8 Black Edition bagi kegunaan Cawangan K9 dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Penyerahan kenderaan-kenderaan telah dilaksanakan di Depoh Simpanan Kenderaan (DSK) pada siang tadi oleh YDH CP Datuk Seri Hj. Mazlan Bin Lazim, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi  Bukit Aman dan diiringi oleh YDH SAC Adnan Bin Ahmad, KPP Cawangan Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi.

* Gambar-gambar dan info dari FB Jabatan Logistik dan Teknologi Polis Diraja Malaysia