Pasukan polis NSW terima MPV baharu - Honda Civic Type R!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu cara untuk mempromosikan sebuah kereta yang sememangnya sudah terlalu hangat di pasaran adalah dengan menjadikannya salah sebuah jentera pasukan polis. 

Itulah yang dilakukan oleh Honda Australia apabila syarikat tersebut mendermakan sebuah Honda Civic Type R kepada pasukan polis NSW Police Force untuk tempoh 12 bulan. 
 


Sebagaimana MPV rasmi pasukan polis, Honda Civic Type R ini turut menerima layangan liveri polis selain logo Eyewatch di bahagian sisi, lampu beacon serta peralatan komunikasi standard. 

Menurut NSW Police Force, kemasukan jentera Type R ini ke dalam barisan MPV mereka adalah untuk menarik perhatian lebih ramai golongan muda untuk berinteraksi dengan pihak polis, dan merapatkan jurang di antara kedua-dua belah pihak. 

 


Jentera pacuan roda hadapan ini menggunakan enjin 2.0 liter turbo berkuasa 306 hp dan 400 Nm daya kilas sebelum ia disalurkan menerusi kotak gear manual enam nisbah kelajuan. 

Sebelum ini kami pernah menyiarkan gambar sebuah Honda Civic Type R menerima layangan liveri PDRM - disebut-sebut sebagai anggota baharu dalam divisyen Helang Lebuhraya. 

Baca: Honda Civic Type R sebagai Helang Lebuhraya?

 


Namun, menurut sumber, unit tersebut dipinjamkan oleh Honda Malaysia untuk tempoh tiga hingga enam bulan bagi tujuan penilaian awal, sebelum ia benar-benar sesuai digunakan sebagai mobile patrol vehicle

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Itu antara yang disuarakan oleh Gloucestershire Constabulary yang merupakan pasukan polis dengan…
Berita Global
Seperti contoh, Volkswagen ID.4 yang digunakan di Greece, Mercedes EQC di Jerman, Chevrolet Bolt di…
Berita Global
Terdapat 15 buah kenderaan yang dipamerkan, termasuklah Mercedes EQC yang telah diberikan layangan…