Pasukan Polis Dubai kini lebih 'hijau' - Chevrolet Bolt EV sebagai kereta peronda terbaharu

oleh Mohamad Hanif|
Kita mungkin sudah melihat dengan sendiri bagaimana pasukan polis di Dubai melengkapkan armada rondaan mereka dengan barisan kenderaan supercar yang eksotik dan mahal-mahal belaka demi menjaga keamanan negara tercinta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sahaja supercar seperti Aston Martin One-77, Bentley Continental GT, Bugatti Veyron, BMW i8, Nissan GT-R dan Lykan HyperSport, malah SUV seperti Mercedes-AMG G63 juga turut dimasukkan ke dalam barisan peronda yang ditugaskan mengawal keadaan di kawasan tumpuan pelancong. 

Terbaharu, mereka menambah lapan buah kenderaan terkini untuk tugasan menjaga dan mengawal keadaan terutama di kawasan lapangan terbang, terima kasih kepada kerjasama antara Chevrolet dengan kehadiran Chevrolet Bolt EV. 

 

Menurut Pengarah Unit Penyelamat dan Pengangkutan Brigadier Dr. Muhammad Nasser Al Razooqi, kerjasama dengan Chevrolet merupakan sebahagian daripada usaha untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada rakyat dan penduduk Dubai, selain menjadikan persekitaran Dubai lebih mesra alam. 

Seperti yang anda jangka, kesemua lapan unit Chevrolet Bolt EV menampilkan livery khas pasukan polis Dubai berwarna hijau, lampu kecemasan serta peralatan komunikasi standard pasukan pengawal keselamatan bagi memudahkan urusan rondaan. 

Dengan kemasukan kenderaan elektrik ke dalam barisan kereta peronda Dubai, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Dubai Green Mobility yang mensasarkan 10% kenderaan tenaga alternatif untuk kegunaan kerajaan menjelang tahun 2020.

Bagi mereka yang tidak mengenali Dubai Police, saksikan video dibawah yang memaparkan barisan kenderaan eksotik yang digunakan oleh pasukan polis terpantas di dunia. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…
Berita Global
Terbaharu, mereka melancarkan sebuah SUV yang dinamakan sebagai Ghiath Smart Patrol menggunakan…
Berita Global
Sama seperti barisan kenderaan mahal yang lain, Mercedes-AMG GT 63 S akan digunakan bagi meronda…