Pasukan Malaysia pamerkan persembahan menarik di BMW Motorrad International GS Trophy 2020

oleh SALINA JALIL|
Pasangan trio Malaysia, Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar bin Mohd Alghaus, baru-baru ini berjaya menduduki tempat ke-18 di pertandingan BMW Motorrad International GS Trophy 2020 dan mendahului di atas pasukan India, Afrika Utara dan pasukan-pasukan yang lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Tahun ini, acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 menyaksikan 23 pasukan dan 40 buah negara bersaing dalam sebuah pengembaraan berjarak 3,000 kilometer.

 

Edisi ketujuh pertandingan motosikal berprestij ini bertempoh lapan hari dan menampilkan pelbagai cabaran merentasi landskap indah yang terletak di Pulau Utara dan Selatan New Zealand.

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “BMW Motorrad International GS Trophy merupakan sebuah pertandingan motosikal kembara premium yang paling berprestij di dunia, ia disertai oleh peserta-peserta dari seluruh pelosok dunia untuk menjadikan "Hidup Sebuah Pengembaraan".

 

Kami berbangga untuk menyaksikan pasukan tanah air beraksi di pertandingan ini, mereka bukan sahaja mewakili Malaysia malah seluruh rantau Asia Tenggara buat julung kali – sekali gus memahat nama mereka di persada global.”

 

Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia berkata, “Acara BMW Motorrad International GS Trophy 2020 benar-benar mengujakan dan sentimen tersebut turut dicerminkan melalui saluran media sosial BMW Motorrad.

 

Tiga penunggang tempatan berjaya mencabar batasan untuk mempamerkan kejayaan yang mampu dikecapi oleh warga Malaysia sebagai sebuah pasukan dalam aksi mereka yang pertama di acara ini. Inilah semangat dan nilai kebersamaan yang ingin dibawakan oleh International GS Trophy!”

 

Norizuan Abdullah, salah seorang ahli Pasukan Malaysia turut serta dalam pertandingan ini berkata, “Ini merupakan pencapaian yang besar buat kami yang mewakili Malaysia di International GS Trophy pada tahun ini.

 

Walaupun pada peringkat awal prestasi kami agak goyah, kami telah bekerja keras dan muncul sebagai penunggang yang lebih baik. Saya percaya bahawa inilah semangat yang ingin dibawakan oleh GS, individu-individu berlainan latar belakang bersatu untuk memberikan prestasi yang terbaik, meskipun berdepan dengan pelbagai jenis cabaran.

 

Azam yang kuat diperlukan untuk melangkah garisan penamat, dan saya berbangga kami dapat berbuat demikian. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan ke atas kami, Malaysia!”

 

bmw

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusingan Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy Asia Tenggara 2017 yang berlangsung di Malaysia baru-baru…