Pasukan First Medical Responder Sarawak guna skuter Yamaha Nmax!

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda dengan kisah pemuda anak jati Kuantan yang menyediakan perkhidmatan first responder menggunakan motosikal?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, idea tersebut bakal dikembangkan lagi di Malaysia, dan kali ini nun jauh di seberang sana, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bakal mempunyai pasukan First Responder tersendiri menggunakan skuter Yamaha Nmax. 

 


Menurut satu hantaran di laman Facebook oleh Mohd Ismail Ibrahim, projek perintis First Responder ini akan berkhidmat di lokasi utama seperti Kuching, Miri dan Sibu di mana setiap bahagian akan menerima sebuah skuter terlebih dahulu. 

Dengan adanya skuter First Medical Responder ini, ia akan lebih memudahkan petugas untuk sampai ke tempat kemalangan dan memberikan rawatan kecemasan dengan lebih efisien dan pantas tanpa terbeban akibat kesesakan trafik yang tipikal dialami oleh pasukan ambulans. 

 

 

Seperti mana kelengkapan sesebuah motosikal unit First Responder, skuter Yamaha Nmax yang digunakan ini turut dilengkapi dengan side box dan top box untuk membawa kelengkapan perubatan kecemasan.

Semoga insiatif ini bakal diperluaskan lagi ke seluruh Malaysia. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada laman web automotif The Drive, kini anda semua para pembaca Careta dapat…