Pasukan CSI (Crash Scene Investigation) Volvo sambut ulang tahun yang ke-50!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, disebalik misi dan visi Volvo dalam memastikan tiada seorang pun penumpang dan pemandu yang terbunuh atau tercedera akibat kemalangan, berdirinya sebuah pasukan penyiasat insiden kemalangan yang telah berkhidmat semenjak 1970 lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di Volvo Cars, mereka dikenali sebagai detektif kemalangan jalan raya, atau nama rasminya Volvo Car Accident Research Team yang kini menyambut ulang tahun yang ke-50 baru-baru ini.

Walaupun sudah pun berpengalaman, pasukan ini tetap bersedia pada bila-bila masa bagi memastikan mereka belajar lebih banyak perkara daripada kemalangan masa nyata, sekaligus membantu meningkatkan lagi aspek keselamatan pada kereta Volvo yang sudah tersedia selamat itu.

 


Semenjak tahun 1970, pasukan ini akan bergegas ke tempat kejadian untuk menyiasat kemalangan yang melibatkan kereta Volvo, tidak kira siang ataupun malam.

Seperti detektif, pasukan ini akan bertanyakan pelbagai persoalan seperti kekuatan impak kemalangan, keberkesanan sistem keselamatan aktif bertindak, keadaan penumpang, keadaan cuaca semasa kemalangan serta kondisi penanda jalan ketika kejadian.

Di pejabat pula, pasukan itu akan memohon laporan polis berhubung insiden tersebut, selain menghubungi pemandu dan memeriksa kondisi kenderaan yang terbabit sekiranya diperlukan.

 


Selain daripada pengalaman daripada pemandu itu sendiri, pasukan itu akan meminta pendapat daripada pihak yang lain, seperti contoh penumpang bagi mengenal pasti sebarang kecederaan yang dialami ketika kemalangan.

Kesemua data itu akan dianalisa oleh pakar-pakar seperti saintis tingkah laku, pakar biomekanik serta ahli fizik untuk mengenal pasti punca sebenar kecederaan yang dialami.

Daripada situ, ia akan dikongsikan kepada pasukan pembangunan produk Volvo dan digunakan untuk membangunkan teknologi baharu pada kenderaan akan datang.

 


Boleh dikatakan, setiap tahun pasukan Accident Research Team akan menyiasat kira-kira 30-50 jenis kemalangan yang berlaku di seluruh dunia dan dalam sesetengah situasi, mereka akan mendapatkan bantuan daripada orang perseorangan Volvo serta petugas kecemasan yang berhampiran.