Pasaran pembelian kenderaan di Malaysia kini lebih meminati SUV

oleh SALINA JALIL|
Menurut kaji selidik indeks kepuasan pelanggan selepas Malaysia (pasaran Massa) J.D. Power 2019 hari ini, semakin ramai pembeli kenderaan baharu di Malaysia mengutamakan nilai, dengan lebih ramai pembeli menaruh minat terhadap kenderaan SUV (Kenderaan Utiliti Sukan).


Pelanggan yang telah membeli SUV, mempunyai tahap kepuasan yang lebih tinggi, berbanding dengan pembeli kereta saiz kecil (806 berbanding dengan 794 mata, dalam skala 1,000 mata).


Kepuasan keseluruhan selepas jualan dalam segmen pasaran massa adalah 800, peningkatan 16 mata dari tahun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam tahun 2019, 20 peratus pembeli kereta baharu terdiri daripada pembeli SUV, berbanding dengan jumlah kecil 6 peratus dalam tahun 2015.

 

Merentasi trajektori perkembangan lima tahun untuk SUV, kadar pembeli untuk kereta bersaiz kecil dan MPV/van telah menurun (sebanyak 5 mata peratus setiap satu). 

 


Purata transaksi bagi pembelian SUV dalam tahun 2019 adalah 2.6 kali lebih tinggi berbanding kereta kecil, ini membuktikan pembeli lebih cenderung untuk membeli SUV, berdasarkan reka bentuk kenderaan, prestasi, teknologi dan fungsi-fungsi keselamatan. 

 


Untuk pembeli kereta kecil pula, penggunaan minyak yang efisien dan ansuran bulanan yang rendah adalah dua penyebab utama untuk pembelian, berjumlah 48 peratus secara terkumpul.

 

 

“Dengan evolusi gaya hidup digital dan gaya hidup yang makin baik, pelanggan-pelanggan menghendaki kenderaan yang memenuhi keperluan dan imej individu yang sepadan dengannya, dan ini bukanlah perkara yang tidak disangkai,” kata E-Ling Cheah, Pengurus untuk Malaysia di J.D. Power.

 


“SUV adalah satu kenderaan dengan tempat duduk yang lebih tinggi, ia menguasai kedudukan lebih tinggi dari segi gaya yang memberikan kebolehlihatan dan persepsi keselamatan yang lebih baik. 

 

Kebanyakan SUV bergaya kontemporari yang baru dilancarkan, dilengkapi dengan sistem perhubungan yang canggih dan fungsi-fungsi keselamatan.

 

Tambahan pula, para pengilang telah memperkenalkan lebih banyak SUV dengan harga lebih rendah yang mampu dimiliki oleh lebih ramai pembeli.”

 


Kaji selidik turut menunjukkan bahawa kadar pembeli kereta baharu untuk mengganti kereta mereka yang lama telah meningkat (26 peratus berbanding dengan 21 peratus dalam tahun 2018) dan pembeli kereta tambahan pula menurun (51 peratus berbanding dengan 56 peratus dalam tahun 2018). 

 

Dalam segmen, jual-beli (trade-in) kenderaan pula, keuntungan pengedar meningkat dari 17 peratus dalam tahun 2018 ke 21 peratus pada tahun ini. 

 

Namun begitu, lebih ramai pembeli tidak berpuas hati dengan harga tukar beli yang ditawarkan yang dikatakan kurang dari jangkaan (34 peratus berbanding dengan 28 peratus dalam tahun 2018).

 

 

 

Berikut adalah penemuan tambahan utama lain di dalam kaji selidik 2019:

 

1.  Penerangan yang jelas tentang harga kenderaan: 


Pelanggan yang membayar harga lebih tinggi daripada jangkaan mereka mempunyai kepuasan yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang membayar harga dalam jangkaan (751 berbanding dengan 810, masing-masing). 


Ini menunjukkan bahawa penerangan yang jelas adalah penting untuk mengelakkan kejutan yang tidak diingini dalam proses jual-beli.

 

2.  Kemudahan Yang Lebih Baik Mendapat Pujian: 


Lebih banyak pusat jualan dilengkapi dengan kemudahan yang selesa untuk pengalaman jualan yang lebih baik.

 

Peningkatan kemudahan makin ketara seperti sudut pameran aksesori kenderaan (48 peratus berbanding dengan 43 peratus dalam tahun 2018) dan ruang tempat duduk yang selesa disediakan (84 peratus berbanding dengan 77 peratus dalam tahun 2018).

 


3.  Sesi Pandu uji Meningkatkan Kepuasan: 

 

Walaupun hanya 6 peratus pembeli tidak diberi peluang untuk memandu uji kenderaan, proses ini adalah amat penting untuk pengedar.

 

Pembeli yang tidak berpeluang untuk memandu uji lazimnya mempunyai kepuasan yang lebih rendah (-94 mata) berbanding dengan mereka yang berpeluang untuk memandu uji kenderaan di tempat jualan.

 

 

 

 

J.D. Power adalah sebuah peneraju global dalam bidang pandangan dalaman pelanggan, perkhidmatan perundingan dan, data dan analisis.

Kepakaran tersebut membolehkan J.D. Power membantu pelanggan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan, perkembangan dan keuntungan.

Ditubuhkan dalam tahun 1968, J.D. Power memiliki pejabat di serata dunia yang menawarkan perkhidmatannya ke Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia Pasifik dan Eropah.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Jangkaan untuk model EV itu semakin meningkat sejak Xiaomi melancarkan kenderaan itu pada Disember…