Pasaran makin mengecil, Nissan Navara bakal tinggalkan Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Navara facelift nampaknya bakal memiliki tempoh hayat yang cukup singkat, sekurang-kurangnya untuk pasaran Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana Nissan membuat keputusan untuk menutup terus kilang pemasangan trak pikap yang terletak di Barcelona, sekaligus menghentikan penjualan model tersebut sebelum akhir tahun ini.

Menurut Nissan, keputusan itu dibuat memandangkan pasaran trak pikap yang semakin mengecil di benua Eropah dan sepanjang tahun lalu, hanya 116,280 unit Nissan Navara yang telah berjaya dijual.

Sebagai makluman, penjualan 'kembar' Nissan Navara iaitu Mercedes-Benz X-Class juga turut dihentikan di Eropah atas sebab yang sama.

Menurut kenyataan Nissan, produksi generasi terkini Nissan Navara untuk pasaran Eropah akan dihentikan serentak dengan penutupan kilang Barcelona pada Disember 2021, dan penjualannya akan turut dihentikan kelak.

Nissan mungkin akan mengambil langkah alternatif dengan mengimport trak pikap Nissan Navara dari Thailand ke Eropah, walaupun barisan pengarah tidak bersetuju dengan perancangan tersebut.


Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah…
Berita Global
  Navara SL Warrior diasaskan dari varian popular SL 4WD dual cab di Australia dan dilengkapi…
Berita Global
Mitsubishi nampaknya sedang menguji generasi baharu trak pikap tersebut di mana unit ujian yang…